Wednesday, January 6, 2010

2010

Posted by Ella Najla at 3:01 PM 0 comments Links to this post
I hope its not to late to remind myself, its now 2010...
The new beginning of the new semester for myself...
I am grateful that I still alive until now...
There are so much more to say but since I am using others laptop and only go to Cyber Cafe checking my Facebook and Yahoo Mail, I only have limited time to blog...
Yes, I feel uncomfortable to use others...
Got to go now... See u guys then...

When??? Wallahualam....

Wednesday, July 29, 2009

H1N1

Posted by Ella Najla at 4:30 PM 0 comments Links to this post
Sudah lama perkara ini dilaporkan di media cetak mahupun media elektronik sekalipun. Baru hari ini aku berkesempatan untuk menulis di blog sendiri. Masalah H1N1 ini telah pun merebak dengan begitu pantas sekali. Sehingga ke tarikh ini, telah banyak universiti yang ditutup kerana masalah ini. Antara yang aku ketahui, UiTM, UPM, dan USM. Dan yang terbaru universiti yang aku sayangi ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).
Pada hari ini, kami yang sihat walafiat dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing selama satu minggu bagi mengasingkan dengan pelajar-pelajar lain yang disyaki H1N1. Diharapkan kepada yang disyaki, bersabar ya. Kami pun masih lagi dalam keadaan yang memerlukan kami lebih berhati-hati mengenai soal penjagaan kesihatan ini.
Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan dari Yang Maha Kuasa.



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.
(Surah Al-Baqarah: 155-157)

Wednesday, July 8, 2009

Kehidupanku di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Posted by Ella Najla at 11:00 AM 2 comments Links to this post
Pada hari bacaan ikrar, Aku Janji di hadapan Naib Canselor U.P.S.I . Aku kini secara rasminya bergelar Mahasiswa/Mahasiswi.


Keadaan di dalam Auditorium selepas bacaan ikrar.

Recently, I joined the Malam Kebudayaan Kolej Za'ba. The theme was Musical Theatre of P.Ramlee Movies. It was so fun in here. To participate in thing which we really like to do. These are some pictures on that night.


Jadi tukang make-up tidak rasmi malam itu.
(Time ini, tengah make-upkan hantu)


Antara ahli-ahli yang menjayakan malam itu mewakili Blok E.

Tuesday, June 30, 2009

Minggu Suai Kenal.

Posted by Ella Najla at 4:07 PM 3 comments Links to this post
Sekarang aku menempuhi hidup baru di dunia yang baru. Dunia yang digelar sebagai "Dunia Universiti". Pada saat ini, aku di dalam library di UPSI. Library yang dinamakan Perpustakaan Tuanku Bainun. Ruang dan kawasan di sini amat luas dan selesa. Kemudahan di sini juga membuatkan aku merasa terpegun. Ok terpaksa pergi dulu masa sangat terhad di sini.

Wednesday, June 24, 2009

Bermula Sebuah Matlamat Baru.

Posted by Ella Najla at 12:00 AM 1 comments Links to this post
Its been a long time for me, waiting to begin my new life with my new goal. In order to do that, so many things happen in my life on this journey. For that reason, I really grateful that my wish to further study in degree finally become true. On 19th June 2009, I received a very good news. I had an offer letter from Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. (UPSI). What a surprise! I never thought on be a part of UPSI. However I am glad I did choose UPSI as my first choise on my addmission. Even when I was interviewed, I wasn't confident as I am before. Because I know I can do so much more. Alhamdullillah, ALLAH gives me another chance to prove myself, my family and my friends.
Perjalanan ini masih panjang untuk aku tempuhi. Dalam beberapa sahaja hari lagi aku akan meninggalkan keluargaku. Dalam sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, sudah setahun ku luangkan masa bersama keluargaku di rumah. Sungguh cepat masa berlalu tanpa aku sedari. Dahulu sememangnya aku mahu untuk cepat-cepat dapatkan tempat di menara gading. Bukan bermaksud sekarang tidak, cuma apabila melihat riak wajah mama dan abah, aku sayu. Mereka amat mengharapkan aku untuk terus berjuang mencapai cita-cita dan membantu mereka. Tambahan aku adalah anak pertama mereka, jelas besar tanggungjawab yang perlu aku pikul.
Aku masih ingat lagi pada hari semakan permohonan kemasukan ke IPTA. Pada hari itu, tidak seperti biasa, internet slow sangat. Seperti memainkan muzik yang meresahkan jiwa ini. Menunggu keputusan untuk keluar sahaja ambil masa yang sudah cukup membuatkan hati tidak sabar untuk mengetahuinya. Terlalu lama menunggu, aku ambil keputusan untuk beredar dari mengadap laptop itu. Tidak sanggup untuk melihat jika aku gagal lagi untuk kali ini. Kerana sebelum ini pun aku telah cuba banyak kali mendapatkan tempat di universiti awam . Yani lah yang mengambil alih tempatku menunggu untuk keputusan itu. Sehingga lah pada saat Yani menjerit, " Kak Ella, Kak Ella..." Kami sekeluarga terpanggil untuk mengetahui keputusan semakan itu dan masing-masing bergegas melihat ke arah skrin. Ternyata aku berjaya akhirnya. Mama dan abah lah orang yang paling tersenyum lebar pada hari itu. Mereka lah yang paling gembira mendengar perkhabaran yang setelah sekian lama dinantikan saat itu.
Di sebalik kegembiraan itu, aku tahu ada kesayuan di hati mereka. Kini mereka terpaksa melepaskan aku pergi lagi. Ku tatap wajah mama yang memberikan seribu erti yang aku mengerti akan kesedihannya merelakan anak-anak untuk belajar berdikari dan jauh di sisinya. Seorang di barat, seorang di timur, seorang di selatan dan seorang di Malaysia Timur.
Aku teringat lagi kata-kata mama dan abah,
" Anak-anak mama dan abah ramai tapi semua dah belajar jauh-jauh. Sekarang tinggal dua yang masih kecil lagi. Nanti semua tinggalkan mama dan abah."
" Sekarang semua pergi belajar jauh, nanti diambil orang jauh lagi, nanti tak ada la yang duduk dengan mama dan abah lagi dah. "

Mama, abah, jasamu akan ku kenang hingga akhir hayatku.

Pengorbanan dan kasih sayang yang kau curahkan tidak dapat dijual beli.
Tidak akan ku sia-siakan harapan dan impianmu.

Ku pohon doa dan restu darimu, mama dan abah.
I will always love both of you forever and ever.



Wednesday, June 17, 2009

Hantu, Mabuk Atau Gila...???

Posted by Ella Najla at 2:22 AM 2 comments Links to this post
Cerita pasal hantu ni, hantu apa yang korang semua tau?? Blog kali ni karangan aku da mula ada unsur kepeningan campur dengan elemen bahasa rojak yang selalu kita gunakan hari-hari. Almaklum lah da tengah malam buta ni oops sorry, pagi-pagi buta telah membuatkan aku sedikit biol (agaknya la...)apa biol ni??? Ntah la...
Ha, berbalik pada cerita hantu tadi, aku sekarang da jadi hantu games da. Surfing internet pun semata-mata nak sambung games kat Facebook, Tagged, Hi5... Hai apa la nak jadi dengan aku ni??? Aku sendiri pun tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada diri ini...Aku juga risau jika kegilaan pada games ni akan memberikan impak yg kuat terhadap aku. Aku harap tidak begitu. Addicted pada games mungkin hanya untuk sementara waktu sahaja.
Kebelakangan ni ada-ada ja yang perkara yang membuatkan aku merasakan kepala ni berputar-putar. Nasib baik la adik-adik aku menyeri dan menceriakan hidup aku, walaupun terpaksa menjadi bahan buli, bahan ketawa mereka. Namun aku tak kisah semua tu. Mereka la yang banyak membuatkan aku berasa hidup ni akan lebih indah. Hidup aku tidak akan lengkap, tidak akan sempurna tanpa mereka. Gelak, ketawa, suka dan duka dilalui bersama. Walaupun perjalanan hidup kami ini masih jauh untuk ditempuhi, aku terfikir bagaimanakah hidup ini nanti bila kami sudah punya keluarga sendiri. Adakah kami masih akan seperti ini?



Celebrating Mama's Birthday on 31st May 2009


All of us together with Black and Blue themes...(Wina taking this picture)

Monday, June 15, 2009

My Baby You...

Posted by Ella Najla at 8:17 PM 1 comments Links to this post
Hidup ini penuh impian, penuh harapan dan penuh pengertian. Setiap yang terjadi aku yakin ada hikmah di sebaliknya. Benarlah kita hanya mampu merancang namun yang menentukan segalanya ALLAH Yang Maha Esa. Aku pasrah atas apa yang telah terjadi ke atas diriku... Mungkin apa yang berlaku membuatkan aku lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian.
Aku masih lagi percaya di saat ini aku masih lagi diberi kesempatan untuk melakukan sesuatu yang mungkin aku tidak dapat melakukannya di masa akan datang. Kelapangan masa, kekuatan tenaga yang aku miliki sekarang ini harus aku gunakan untuk membantu keluargaku. Walaupun bukan berupa wang ringgit yang mampu aku berikan (di ketika ini), sedikit sebanyak aku harap dengan meluangkan masa bersama-sama mama, abah dan adik-adik yang tersayang dan membantu melakukan kerja rumah dapat meringankan 'kerunsingan' mereka di rumah...
Setiap insan mengidami sebuah kehidupan di mana terletaknya sinar kebahagiaan dan ketenangan dalam menjalani hari-hari yang penuh cabaran dan dugaan. Aku akui perjalanan hidupku masih jauh untuk dijalani, diterokai dan dialami.. Like the kingdom Far Far Away in movie Shrek..hehe teringat akan filem yang lucu tu...


With Wafa Wirdani binti Ahmad, my neighbour's baby.

"Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan menempuhi setiap ujian dan dugaan-Mu dalam menjalani kehidupan ini. Amin" Semoga aku akan dapat melalui kehidupan ini dengan penuh kesabaran pada hari-hari yang mendatang.




Wednesday, June 10, 2009

Ujian Buatku...

Posted by Ella Najla at 2:53 PM 3 comments Links to this post
"Penantian itu suatu penyeksaan." Frasa itulah yg kerap bermain di fikiranku ketika ini. Aku sendiri tidak pasti, adakah penantian yang ku tunggu selama ini berbaloi? Aku masih berdebar-debar lagi menunggu panggilan daripada pihak universiti akan permohonan aku menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.Hujung bulan ini, insyaALLAH result akan keluar...Harapnya niatku untuk belajar lagi dapatlah dimakbulkan... Amin..

Di hadapan tempat temuduga untuk sambung belajar.

Bersempena dengan tajuk 'Penantian' pada blog ni, teringat pada lagu Bienda dengan judul yang sama 'Penantian'...

Penantian Oleh Bienda

RAP:I want to thank you Allah for the beautiful things that
You gave to us and the joy it brings... see...
When I'm lying in bed in my head all
I think about is the bad things that
I've done and said...
Feeling guilty over them deep in my soul...
always living my live out of control but we learn from the mistakes we
make and turn away from all the things we hate...
coz its never too late to be a better man...
appreciate life and come to understand that there will be things
that we go through that would get to your mind but you
keep telling yourself it will be fine...
just a few more steps to the end of the line then
we'll all be in peace
to the end of time...

Makin lama makin terasa
Ayat dihitung tiada di jiwa
Kisahkan hidup kisahkan lara
Menggapai tinggi cinta nan satu
Ohh!! Penantian... Ohh!! Kerinduan...


Dari mana nak ke manaDari jauh menuju abadi
Kusemai ilmu semanis rinduIktibarku ambil dari yang lalu
Makin lama makin terasaAyat dihitung tiada di jiwa
Kisahkan hidup kisahkan laraMenggapai tinggi cinta nan satu
Ohh!! Penantian... Ohh!! Kerinduan...

RAP:Let's be gone to a place where we can be far away all
alone so you can sing to me...talk to me...tell me...
Is this the way it was meant to be?
Coz if it is then I'm safe with you and if it isn't I'll
be here for you...
you're the world to me...In a nice way like we are meant to be...



Wednesday, June 3, 2009

Welcome to My Blog.

Posted by Ella Najla at 10:31 PM 0 comments Links to this post
This is my first post and I would like to thank my sis, Yani who teaches me how to start this... I am glad every family members are here in Tawau, Sabah. This gatherring really make our relationship become stronger and closer. I am happy when my parents are happy to see us all in here. Having an understanding family really make someone's life become more meaningful and I am grateful to have it... Hopefully i get a time to write my blog again next time.. Until then,... Enjoy my blog...!!!
 

My Journey, My Destiny Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal