Wednesday, June 24, 2009

Bermula Sebuah Matlamat Baru.

Posted by Ella Najla at 12:00 AM
Its been a long time for me, waiting to begin my new life with my new goal. In order to do that, so many things happen in my life on this journey. For that reason, I really grateful that my wish to further study in degree finally become true. On 19th June 2009, I received a very good news. I had an offer letter from Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. (UPSI). What a surprise! I never thought on be a part of UPSI. However I am glad I did choose UPSI as my first choise on my addmission. Even when I was interviewed, I wasn't confident as I am before. Because I know I can do so much more. Alhamdullillah, ALLAH gives me another chance to prove myself, my family and my friends.
Perjalanan ini masih panjang untuk aku tempuhi. Dalam beberapa sahaja hari lagi aku akan meninggalkan keluargaku. Dalam sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, sudah setahun ku luangkan masa bersama keluargaku di rumah. Sungguh cepat masa berlalu tanpa aku sedari. Dahulu sememangnya aku mahu untuk cepat-cepat dapatkan tempat di menara gading. Bukan bermaksud sekarang tidak, cuma apabila melihat riak wajah mama dan abah, aku sayu. Mereka amat mengharapkan aku untuk terus berjuang mencapai cita-cita dan membantu mereka. Tambahan aku adalah anak pertama mereka, jelas besar tanggungjawab yang perlu aku pikul.
Aku masih ingat lagi pada hari semakan permohonan kemasukan ke IPTA. Pada hari itu, tidak seperti biasa, internet slow sangat. Seperti memainkan muzik yang meresahkan jiwa ini. Menunggu keputusan untuk keluar sahaja ambil masa yang sudah cukup membuatkan hati tidak sabar untuk mengetahuinya. Terlalu lama menunggu, aku ambil keputusan untuk beredar dari mengadap laptop itu. Tidak sanggup untuk melihat jika aku gagal lagi untuk kali ini. Kerana sebelum ini pun aku telah cuba banyak kali mendapatkan tempat di universiti awam . Yani lah yang mengambil alih tempatku menunggu untuk keputusan itu. Sehingga lah pada saat Yani menjerit, " Kak Ella, Kak Ella..." Kami sekeluarga terpanggil untuk mengetahui keputusan semakan itu dan masing-masing bergegas melihat ke arah skrin. Ternyata aku berjaya akhirnya. Mama dan abah lah orang yang paling tersenyum lebar pada hari itu. Mereka lah yang paling gembira mendengar perkhabaran yang setelah sekian lama dinantikan saat itu.
Di sebalik kegembiraan itu, aku tahu ada kesayuan di hati mereka. Kini mereka terpaksa melepaskan aku pergi lagi. Ku tatap wajah mama yang memberikan seribu erti yang aku mengerti akan kesedihannya merelakan anak-anak untuk belajar berdikari dan jauh di sisinya. Seorang di barat, seorang di timur, seorang di selatan dan seorang di Malaysia Timur.
Aku teringat lagi kata-kata mama dan abah,
" Anak-anak mama dan abah ramai tapi semua dah belajar jauh-jauh. Sekarang tinggal dua yang masih kecil lagi. Nanti semua tinggalkan mama dan abah."
" Sekarang semua pergi belajar jauh, nanti diambil orang jauh lagi, nanti tak ada la yang duduk dengan mama dan abah lagi dah. "

Mama, abah, jasamu akan ku kenang hingga akhir hayatku.

Pengorbanan dan kasih sayang yang kau curahkan tidak dapat dijual beli.
Tidak akan ku sia-siakan harapan dan impianmu.

Ku pohon doa dan restu darimu, mama dan abah.
I will always love both of you forever and ever.



1 comments on "Bermula Sebuah Matlamat Baru."

Liz on June 24, 2009 at 3:03 PM said...

U're not alone my dear sis..
A lot more thing we need to go through in this world..
Getting the offer is one of the best good news we've received just in time before we leave the house. Thank Allah.
Everything's happen in His will.

Love u..
:-)

Post a Comment

 

My Journey, My Destiny Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal