Wednesday, July 29, 2009

H1N1

Posted by Ella Najla at 4:30 PM 0 comments Links to this post
Sudah lama perkara ini dilaporkan di media cetak mahupun media elektronik sekalipun. Baru hari ini aku berkesempatan untuk menulis di blog sendiri. Masalah H1N1 ini telah pun merebak dengan begitu pantas sekali. Sehingga ke tarikh ini, telah banyak universiti yang ditutup kerana masalah ini. Antara yang aku ketahui, UiTM, UPM, dan USM. Dan yang terbaru universiti yang aku sayangi ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).
Pada hari ini, kami yang sihat walafiat dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing selama satu minggu bagi mengasingkan dengan pelajar-pelajar lain yang disyaki H1N1. Diharapkan kepada yang disyaki, bersabar ya. Kami pun masih lagi dalam keadaan yang memerlukan kami lebih berhati-hati mengenai soal penjagaan kesihatan ini.
Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan dari Yang Maha Kuasa.



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.
(Surah Al-Baqarah: 155-157)

Wednesday, July 8, 2009

Kehidupanku di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Posted by Ella Najla at 11:00 AM 2 comments Links to this post
Pada hari bacaan ikrar, Aku Janji di hadapan Naib Canselor U.P.S.I . Aku kini secara rasminya bergelar Mahasiswa/Mahasiswi.


Keadaan di dalam Auditorium selepas bacaan ikrar.

Recently, I joined the Malam Kebudayaan Kolej Za'ba. The theme was Musical Theatre of P.Ramlee Movies. It was so fun in here. To participate in thing which we really like to do. These are some pictures on that night.


Jadi tukang make-up tidak rasmi malam itu.
(Time ini, tengah make-upkan hantu)


Antara ahli-ahli yang menjayakan malam itu mewakili Blok E.
 

My Journey, My Destiny Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal