Wednesday, July 29, 2009

H1N1

Posted by Ella Najla at 4:30 PM
Sudah lama perkara ini dilaporkan di media cetak mahupun media elektronik sekalipun. Baru hari ini aku berkesempatan untuk menulis di blog sendiri. Masalah H1N1 ini telah pun merebak dengan begitu pantas sekali. Sehingga ke tarikh ini, telah banyak universiti yang ditutup kerana masalah ini. Antara yang aku ketahui, UiTM, UPM, dan USM. Dan yang terbaru universiti yang aku sayangi ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).
Pada hari ini, kami yang sihat walafiat dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing selama satu minggu bagi mengasingkan dengan pelajar-pelajar lain yang disyaki H1N1. Diharapkan kepada yang disyaki, bersabar ya. Kami pun masih lagi dalam keadaan yang memerlukan kami lebih berhati-hati mengenai soal penjagaan kesihatan ini.
Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan dari Yang Maha Kuasa.



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.
(Surah Al-Baqarah: 155-157)

0 comments on "H1N1"

Post a Comment

 

My Journey, My Destiny Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal